Rabu, 14 November 2018

Jika rasa hati ini benar izinkan aku ya Tuhan

Bismillah hi Rahman ar Rahim....

Assalamualaikum w.b.t

First of all, Rara minta maaf ya kalau story mory Rara ni kurang best... Actually, Rara dah lama tak meluah perasaan kat blog ni so otaknya blur ketandusan idea hehehe😉 
ok let's start...

Cerita nya akhir tahun 2016. Rara ni budak-budak tingktan 6 so lambat lah sikit habis belajar kawan-kawan lain semua dah mula journey masing-masing dengan kerja yang orang kata 'jadilah dari jual anggur kat rumah tu". Rara hidup menganggur lepas habis sekolah tu almost 2 week lah, agak mereput lah juga tapi tak sangat hehe sebab deknon ni dak-dak hostel jadinya bila dapat golek-golek dan bergelumang dengan kemalasan terasa heaven nya dunia hahaha...

ok, selepas dua minggu berkerja sebagai pengaggur di rumah Deknon pun resign and cari kerja yang lebih seronok dan mencabar. (huh mencabar kau peluh dahi terasa mengalir tiba2) atas usaha ibu menjajau bantu deknon cari kerja alhamdulillah akhirnya berhasil, Rara dapat banyak peluang pekerjaan tapi Rara pilih ni je, mungkin ada hikmah why Allah gerakkan hati Rara serious gila nak kerja kat situ. 
Do you know what kerja apa yang Rara pilih tu? kerja pertama sepanjang hidup Rara ialah sebagai Guru Taska, Ma shaa allah sangat seronok, nerves and very exited maklumlah first time seumur hidup 18 tahun tak pernah kerja and makan gaji hahaha kesian deknon baru nak merasa erti dewasa. 

Day one as a "Cikgu Taska". Sharp jam 6 pagi Rara dah terpacak depan pagar taska tu, see nampak tak ciri-ciri pekerja contoh kat situ dah ada on time. Melangkah masuk dalam taska tu rasa macam ada satu aura yang sifat keibuan tu dah masuk dalam roh and jiwa Rara semangat nak start kerja tu rasa tak sabar-sabar( hahahaha poyonya lah deknon oi kau tunggulah ending dia nanti apa!) 
Pagi-pagi subuh buta tu Rara pun mulalah berkerja sapu sampah, mop lantai, kemas rumah and bilik, cuci botol budak-budak kecik cenonet tu and bersihkan jamban sebab nanti budak-budak tu nak mandi kena bersihkan kot-kot licin ke apa. Selesai kemas mengemas tu jam pun dah 7 lebih nak ke 8 pagi budak-budak kecik cenonet pun datang menghuni taska tu. Bermula lah secara officially Rara si Cikgu Taska, dari jam 6 pagi tadi tu sampailah ke jam 7 malam Rara rasa non-stop lah buat kerja atas bawah depan belakang taska and budak sengantung kat badan deknon (like seriously memang macam mak-mak beranak setahun satu) untuk day one alhamdulilah tamat, memang superb duperb penat maklumlah putewi tak penah buat kewije berat-berat hahahaha... (jangan kecam deknon hihi) begitulah keesokan harinya deknon cuti cuma hari Sabtu je Ahad sampai Jumaat deknon kerja deknon orang Joho so Sabtu jelah yang holiday.
 Dipendekkan cerita pada hari 7 berkerja deknon mula buat perangai kanak-kanak tak masuk akal deknon dekat ibu deknon. Deknon merengek-rengek cakap itulah inilah yang deknon nak berhenti, biasalah hati ibukan anak baru cakap sikit dah cair, ibu deknon cakap "kalau kakak nak berhenti pergilah cakap dengan ustaz tu" (Rara anak sulung and boss Rara tu ustaz penceramah bebas) bila ibu Rara dah bagi green light terang punya deknon pun apa lagi oyeh-oyeh kome oi seronok meke. Tapi, lepas sehari ke sehari bila Rara nak bercakap dengan ustaz macam tak terucap je mulut ni rasa tak sampai hati bukan sebab ustaz tu tapi sebab budak-budak kecik tenonet tu dah mula mesra dengan Rara. Tapi akhirnya Rara jumpa and cakap juga pada hari ke 10, Rara bagitahu yang Rara dapat panggilan sambung belajar, but ustaz tu berat hati nak lepaskan macam-macam soalan dia tanya Rara berfikir-fikir jugalah dengan saiko ustaz tu tapi akhirnya Rara berhenti juga akhirnya. Ada sebab-sebab tertentu Rara berhenti actually tapi tak mau lah ungkit benda dah lepaskan. So again and officially deknon berhenti, 10 hari genap weyh deknon kerja as a Cikgu Taska hahaha ok lah tu adalah juga pengalaman penat berkerja.

Haaaaa part ni yang ada kena mengena dengan tajuk ni,
"Jika rasa hati ini benar izinkan aku ya Tuhan"
ok, dah nak masuk part-part best ni Rara sambung kat page sebelah ya...